Salam kasih sayang buat anda semua...
Al kisah, suatu hari saya bersembahyang jemaah di sebuah surau. Surau ni di dalam kawasan sebuah taman perumahan. Alhamdulillah dapat berjemaah solat maghrib bersama jemaah surau. Apa yang nak di kongsikan di sini ialah berkenaan pak imam pada malam tu.
Kisahnya begini, dari pengamatan saya, suaru ni memang tak ada imam yang tetap, sesiapa pun boleh jadi imam asalkan rasa mampu jadi imam. Pendekkan cerita, selepas sahaja qamat, bergeraklah seorang yang usia lebih kurang 50an ke hadapan, maknanya nak jadi imam waktu tu. Sebagai orang asing, saya cuma perhatikan sahaja. Apa yang saya nampak, pak cik kita ni macam nak solat sorang-sorang pulak, tak toleh kiri kanan depan belakang, mana tahu jemaah belum sedia ataupun saf tak dirapatkan lagi, macam orang start motor dan terus jalan...
Saya pun pelik juga dengan imam kita ni...kemudian imam pun angkat takbir, kami semua pun berjemaahlah..
KISAH SELANJUTNYA...
Imam pun baca Al Fatehah diikuti dengan surah, memang sedap bacaan imam ni, mendayu-dayu macam takbir raya...rasanya khusyuk para jemaah sekalian...
TAPI...
.....yang jadi tanda tanya, imam ni baca tak ikut tajwid, main langgar gitu. Macam orang bawa kereta langgar je lubang yang dia suka.
Tak boleh macam tu..tapi tak apalah, mungkin imam ni antara yang terbaik bacaannya di surau pada ketika itu.
Terima kasih pada pak cik tu kerana imamkan solat tadi semoga Allah akan memberkati dan menambahkan ilmu kepadanya.
PERSOALANNYA...
Jika anda di tanya...
Mana yang lebih utama ...LAGU ATAU TAJWID ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan