Salam kasih sayang buat anda semua...
Untuk mencapai kejayaan perlukan fokus dan fokus amat perlu jika inginkan kejayaan.Tidak kira apa jua matlamat anda samaada besar atau kecil, ianya memerlukan anda fokus untuk mendapatkannya. Sebagai contoh, jika anda ingin miliki sebuah buku yang anda sangat minat dan harganya pula agak mahal, pada waktu itu anda tidak mampu untuk memilikinya. Percaya atau tidak, dengan kekuatan hasrat anda yang sangat kuat ingin memilikinya menjadikan anda fokus untuk merealisasikan niat anda itu. Bermacam-macam usaha akan anda lakukan dan akhirnya anda berjaya juga.
Kenapa anda berjaya mencapai impian anda itu? cuba fikir dan renungkan sejenak...
Ok, mari kita kaitkan pula dengan kuasa fokus yang kita bincangkan diatas. Sebaik sahaja anda fokus untuk mencapai sesuatu yang diingini, secara otomatik seluruh tenaga anda bersatu, daya fikir dan daya kreatif akan terbentuk di minda menyebabkan minda merakam hasrat dan niat anda. Minda akan memainkan peranan untuk merealisasikan niat anda itu, ini yang dinamakan kuasa minda. Selagi mana anda terus fokus, minda akan terus bekerja secara otomatik menterjemahkan niat anda itu, akhirnya seluruh tenaga dan daya fikir anda akan bergerak seiring untuk merealisasikan apa yang minda rakamkan.
Secara kesimpulannya :
anda inginkan sesuatu, kemudian merakamkannya dalam minda, FOKUS, dan minda akan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.
Secara ringkasnya :
Selagimana anda fokus pada sesuatu matlamat,
selagi itu tenaga tubuh dan tenaga fikir anda
akan terarah ke arah matlamat anda.
Dan...
Jika anda tidak fokus, sebenarnya anda telah kehilangan daya hasrat yang diperlukan untuk mencapai matlamat..
anda juga akan kehilangan tenaga tubuh dan daya fikir untuk mencapai matlamat...
...kadang-kala anda akan buntu dan membuang banyak masa dan tenaga hanya untuk sesuatu perkara yang sepatutnya mudah tetapi teramat susah kerana kehilangan FOKUS.