HADITH PILIHAN
TAKUT KEPADA ALLAH :
"Sesiapa yang takut kepada Allah, maka Allah menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Sesiapa yang tidak takut kepada Allah, maka Allah menjadikannya takut kepada sesuatu"
(riwayat Al Baihaqi)
"Puncak kebijaksanaan adalah takut kepada Allah. Sebaik-baik yang tertanam di dalam hati adalah keyakinan. Keraguan (dalam beriman) termasuk kekufuran. Golongan belia merupakan golongan yang agresif. Orang yang bahagia adalah orang yang dapat mengambil pelajaran(peristiwa) dari orang lain dan orang yang sengsara ialah yang sengsara sejak dalam kandungan ibunya. Tiap perkara yang akan datang adalah dekat" (riwayat Al Baihaqi)
"Dua mata yang di haramkan dari api neraka ialah mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang menjaga serta mengawasi Islam dan umatnya dari (gangguan) kaum kafir"
(riwayat Al Bukhari)
KEUTAMAAN TAAT KEPADA ALLAH :
"Semua umatKu masuk syurga kecuali orang yang menolaknya. Mendengar sabda tersebut, para sahabat bertanya, 'siapa orang yang menolak itu, ya Rasulullah?'. Rasulullah saw menjawab, 'orang yang menentang (perintah dan larangan) ku adalah orang yang menolak masuk syurga"
(riwayat Al Bukhari)
"sesiapa mencari keredhaan manuusia dengan apa yang dimurkakan oleh Allah , maka orang-orang yang tadinya memuji akan berubah mencelanya. Namun sesiapa mengutamakan ketaatan kepada Allah, meskipun menyebabkan manusia menjadi marah kepadanya, maka cukuplah Allah yang menjadi penolong dan pembelanya dalam menghadapi permusuhan tiap musuh, kedengkian tiap pendengki dan kezaliman tiap orang yang zalim" (riwayat Al Thusi)
"Ketaatan hanya untuk perbuatan yang ma'ruf" (riwayat Al Bukhari)
"Tidak ada ketaatan kepada orang yang mungkar kepada Allah" (riwayat Abu Ya'la)
"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada penciptaNya (Allah) "
(riwayat Ahmad dan Al Hakim)
KEUTAMAAN ILMU :
Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah saw, "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim" ( riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)
Daripada Sa'ad bin Abu Waqqas r.a, Nabi saw bersabda, "Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak" (riwayat Al Hakim)
Daripada Abu Darda' r.a, nabi saw bersabda, "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna"
(riwayat Abu daud, Al Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)
Daripada Abu Umamah Al Bahili r.a, Nabi saw bersabda, "Kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang abid adalah seperti kelebihan ku dengan orang yang paling rendah darjatnya di kalangan kamu" (riwayat Al Tirmizi)
Daripada Abu Umamah Al Bahili, Rasulullah saw bersabda,"Sesungguhnya Allah , malaikat dan (penduduk) langit dan bumi hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi semua haiwan di darat dan lautan) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia" (riwayat Al Tirmizi)
Daripada Zaid bin Thabit r.a, Nabi saw bersabda, "Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya" (riwayat Abu Daud dan Al Tirmizi)
Langgan:
Catatan (Atom)