Salam kasih sayang buat anda semua...
Suatu ketika dahulu, semasa harga minyak naik 30 sen, ramailah yang mengeluh panjang. Pada waktu itu, banyak rungutan di dada-dada akhbar, blog-blog dan jadi bualan di mana-mana sahaja. Bayangkan kesusahan yang terpaksa di tanggung oleh semua khususnya orang yang tidak berkemampuan.
Pelbagai ragam manusia kita lihat, tak kira dari golongan mana sekalipun. Pelbagai pendapat yang kita dengar, ada yang menyokong dan banyak dari itu yang membantah. Memang terasa waktu itu, bagi yang berkemampuan memang tak terasa tapi bagaimana dengan golongan yang lain?.
Perkara ini memang serius dan di bincangkan di sidang parlimen, memang panas. Rata-rata yang membangkang menyatakan pendapat mereka, manakala yang menyokong mempertahankan dengan fakta-fakta mereka.
Sewaktu sidang parlimen kecoh dengan isu ini, tiba-tiba ada seorang ahli parlimen yang dengan angkuhnya menyangkal semua keluhan dan resah gelisah rakyat pada masa itu. Dengan angkuhnya dia mengatakan bahawa tidak kisah jika minyak naik 30 sen dan jika naik 40 sen pun dia kata tak apa, waktu tu dia berkata seolah tercabut akal fikirannya. Katanya lagi, rakyat tak perlu 'bising' dan isu ini tak menjejaskan kehidupan seharian waktu itu.
Tengoklah betapa angkuhnya ahli parlimen ini, bercakap sembarangan, dia mungkin tak terasa dapurnya kosong, mungkin dia tak pernah dengar anaknya menangis tak cukup susu, mungkin dia tak pernah makan nasi tanpa lauk, mungkin dia tak pernah rasa tolak motor kehabisan minyak, mungkin dia tak pernah menangis tengok anak-anaknya pakai baju koyak semasa ke sekolah, mungkin tak pernah rasa cemas nak cari duit beli ubat sewaktu ahli keluarganya sakit, mungkin dia tak rasa betapa malunya berhutang...
Wahai ahli parlimen yang angkuh! aku amat marah dengan kamu...kau tak rasa apa yang kami rasa, kau bergaji besar, elaun beribu malahan rumah kau agam dan dudukmu dalam kedinginan 'aircorn'...pernah tak kau alami perkara seperti kami, yang pernah menangis saban hari..tentunya tidak, kau tak rasakannya...
Wahai ahli parlimen yang angkuh! sedarlah dirimu, renunglah wajah-wajah orang yang sudi mengundimu, jangan kau lukai hati mereka, jangan kau pandang hina pada mereka, jangan kau asyik bergembira dengan teman-temanmu yang kaya-raya tapi fikirlah nasib jiranmu yang kelaparan dan kesusahan...
Wahai ahli parlimen yang angkuh! cukuplah kau dilimpahi kesenangan, jangan kau samakan kau dengan kami, meja kau penuh hidangan setiap hari tapi kami..meja kami..
Saudaraku sekalian, nasihatku jika kita senang jangan lupa yang susah, jangan sesekali menghina orang yang susah, jangan mendabik dada apabila rezekimu melimpah, cukuplah nasihatku ini..jangan jadikan sikap ahli parlimen yang angkuh ini sebagai ikutanmu..cerita ini sebagai nasihat buat kita semua, bercakap biar memandang, melihat biar merasa, merasa biar bersama...salam kasih sayang buat anda semua.