HADITH QUDSI





Allah SWT berfirman, ertinya :
   
     "Wahai sekalian manusia, carilah (dekatilah) Aku sekadar hajatmu dan berbuat dosalah kamu sekadar kesabaran kamu tinggal di dalam neraka. 
     Janganlah kamu menilik sisa usia kamu dan rezeki kamu yang sekarang serta dosa-dosa kamu yang tertutup. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa melainkan wajahNya, Dialah yang berhak menghukum dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan"






Alllah SWT berfirman, ertinya :

     "Wahai sekalian manusia, bersifat qanaah lah, engkau akan kaya. Jauhilah sifat hasad supaya engkau merasa tenteram dan jauhilah perbuatan haram supaya agamamu menjadi bersih, dan sesiapa meninggalkan perbuatan mengumpat, lahirlah pada dirinya kasih sayang Ku. Sesiapa yang menjauhkan (mengasingkan) diri daripada manusia, maka ia akan selamat daripada mereka, dan sesiapa yang sedikit percakapan bererti sempurna akalnya. Sesiapa yang redha dengan yang sedikit, maka ia mempercayai Allah Taala"


     "Wahai manusia, kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui, maka bagaimana kamu meminta ilmu yang tidak kamu ketahui. Wahai manusia, kamu beramal di dunia seolah-olah kamu hidup esok dan kamu kumpulkan harta seolah-olah kamu hidup kekal. Wahai dunia halanglah ketamakan atasmu, dan carilah kezuhudan padamu, dan jadilah engkau sedap di pandang orang-orang yang memandang"






Alllah SWT berfirman, ertinya :

     "Wahai sekalian manusia, Akulah Tuhan, tidak adaTuhan selain aku, sembahlah Aku, bersyukurlah kepada Ku dan jangan kamu kufur.


     "Wahai manusia, sesiapa yang memusuhi kekasih Ku. maka sama halnya ia menyembunyikan genderang perang untuk memerangi Aku. Aku amat murka kepada orang yang menganiaya orang yang tidak punya penolong selain Aku"


     "Sesiapa yang redha akan kebahagian yang telah Ku tetapkan baginya, maka aku berikan keberkatan pada harta dan rezekinya, Dunialah yang datang mengejarnya meskipun ia tidak menghendakinya"






Alllah SWT berfirman, ertinya :


     "Wahai sekalian manusia, wahai hamba dinar dan dirham, sesungguhnya Aku jadikan dinar dan dirham adalah untuk dapat untuk kamu pergunakan, supaya kamu boleh makan daripada rezeki Ku, memakai pakaian daripada kain Ku dan supaya kamu dapat mengucap tasbih serta mensucikan Aku, kemudian kamu ambil kitab Ku dan kamu letakkan dibelakang kamu, dan kamu ambil dinar dan dirham lalu kamu letakkan kedua-duanya di atas kepala kamu, kamu bangun rumah kamu tapi kamu biarkan rumah Ku.


     "Sebenarnya kamu bukanlah orang yang bebas dan merdeka, kamu adalah hamba dunia, semua kamu tidak ubah seperti kuburan yang di cat dengan kapur yang apabila di pandang dari luar kelihatan elok, sedangkan di dalamnya amat mengerikan, demikian jugalah kamu di pandang baik dan di kasihi manusia kerana ucapan-ucapan kamu yang manis serta tindak tanduk kamu yang memikat. Kamu dijauhkan daripada hati yang keras dan tindak tanduk yang buruk"


     "Wahai manusia,ikhlaslah dalam beramal dan mintalah kepada Ku, maka sesungguhnya Aku akan memberi kepadamu lebih banyak daripada yang di minta orang-orang yang meminta".






Alllah SWT berfirman, ertinya :


     "Wahai sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu. Wahai manusia, tujuh lapis langit berada di udara tanpa tiang, hanya dengan satu nama daripada nama-namaKu, tetapi hati kamu tidak tetap walaupun dengan seribu pengajaran daripada kitabKu"


     "Wahai manusia, sebagaimana halnya batu tidak akan menjadi lembut di sebabkan air, maka demikianlah jugalah hati yang keras tidak akan berguna bagi sebarang nasihat. Wahai manusia, bagaimanakah kamu mengakui bahawa kamu adalah hamba Allah, kemudian kamu masih menderhakaiNya, dan bagaimanakah kamu mengetahui bahawa maut itu pasti tiba tetapi kamu cuba hindarinya..betapa kamu berani mengatakan sesuatu yang kamu tidak punya pengetahuan tentangnya dan kamu menyangka ianya hal yang kecil sedangkan di sisi Allah ia adalah hal yang besar"






Alllah SWT berfirman, ertinya :


     "Wahai sekalian manusia, sesiapa yang berpagi-pagi dalam keadaan yang berdukacita, maka Allah tidak akan menambah baginya selain kejauhan, di dunia memperolehi kesusahan dan di akhirat juga memperolehi kesusahan dan Allah menetapkan di dalam hatinya kedukacitaan yang tidak tanggal selama-lamanya, dan kebingungan yang tidak pernah habis-habis selama-lamnya, kefakiran dan tidak memperolehi kekayaan selama-lamanya dan angan-angan yang panjang yang menyibukkan dirinya selama-lamanya"


     "Wahai manusia, setiap hari umurmu berkurang, dan engkau tidak menyedarinya. Aku berikan rezekimu setiap hari tapi engkau tidak berterima kasih, yang sedikit tidak mencukupi dan yang banyak pun masih terasa kurang"


    "Wahai manusia, setiap hari yang bakal engkau lalui, rezekimu akan sentiasa datang dariKu, sementara saban malam malaikat mendatangiku dengan laporan keburukan amalanmu. Engkau makan rezeki yang ku berikan tapi engkau menderhakai Aku, engkau menyeru Aku, lalu aku memperkenankan engkau, aku turunkan kebaikan kepadamu dan engkau persembahkan keburukan kepadaku"