Salam kasih sayang buat anda semua...
Penuh hidangan diatas meja, berbagai macam makanan terhidang, dari pagi, tengahari, petang sehingga ke malam. itukan rezekimu, makanlah! kuatkan urat sarafmu, teguhkan tulangmu agar dapat kau kekuatan untuk berbuat taat..
Bang! kakak! makcik! pakcik! dan adik-adikku sekalian, jangan terlalu banyak makan, nanti perutmu meragam, minda terendam dan badan tersembam, nanti kau malas nak bergerak apatah lagi nak beribadat lagipun nanti nafsumu akan memuncak! Awas!
Bertuahnya kamu, tak kenal erti lapar, macam di syurga!!! syukurlah pada tuhanMu dengan limpahanNya. Ingatlah pada saudaramu di sana, kelaparan menjadi hiburannya...sesekali kau berlaparlah, agar kau ingat akan nasib mereka...
Khamis, 31 Mac 2011
BERSELAWATLAH...
salam kasih sayang buat anda semua...
Berselawatlah ke atas nabi kita, pujilah dia kerna Allah dan malaikatNya sering memujinya. Wahai sahabatku sekalian, selawat adalah penolong yang paling besar tatkala kita di padang mahsyar kelak, kenapa mesti kau pinggirkan?, mengapa kau masih abaikan ? sedangkan tiada sesiapa yang dapat menyelamatkanmu kelak selain syafaat nabi mulia.
Pujilah dia kerna dia mengingatimu sehingga akhir kalamnya..pujilah dia, kerna dia insan termulia..pujilah dan pujilah tanpa banyak bertanya kenapa, yang pastinya kau akan nikmati kemanisan lantaran memujinya..ajarkanlah kepada sesiapa tentang ini sebagaimana Allah ajarkan umatNya cara menyelamatkan diri...salam sejahtera wahai nabi...

Rabu, 30 Mac 2011
BELAJARLAH MERENDAH DIRI...
Salam kasih sayang buat anda semua...
Belajarlah merendah diri kerna itu sifat terpuji, Allah memuji hambanya yang selalu merendah diri. Jadikanlah ia sebagai sifatmu,kerna kau tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan. Bukankah semua yang kau ada itu milik Allah? sepatutnya kau malu dan sentiasa bersyukur bukannya meninggi diri sambil mendabik dada dan menjeling mata. Buanglah sifat kejimu, sedarlah dirimu, kita semua sama, cuma beza pada amal dan takwa padaNya.
Janganlah memandang hina pada orang yang dibawahmu, kadang-kala ia lebih mulia darimu. Usahlah bangga dengan pencapaianmu, ianya tidak kau dapat jika bukan kerna ihsan Tuhanmu. Mungkin doa merekalah yang menyebabkan kau berpangkat dan berharta, cerminlah dirimu, malulah pada makhluk Allah yang melihatmu dilangit sana, malulah kau pada tuhanMu yang sentiasa melihat gerak-geri dan tahu isi hatimu.
Buat apa nak meninggi diri, hidup pun cuma seketika, akhirat kelak kan berjumpa. Buangkanlah kebodohanmu itu, mari bersama menikmati hidup ini, celikkanlah hatimu, hiduplah sebagaimana yang tuhan perintahkan..belajarlah merendah diri.

AMBIL ANGIN!..BERCUTILAH..BUAT KELUARGAMU BAHAGIA
Salam kasih sayang buat anda semua...
Musim cuti sekolah baru berakhir, mana kakimu melangkah? bawalah dirimu dan keluarga menghirup udara segar di tempat orang, bak kata pepatah "jauh berjalan luas pandangan" rehatkanlah minda,luangkan masa bersama keluarga, pergilah hiburkan hati sejenak...
Bagi yang tiada kemampuan, bawalah diri dan keluarga ke taman-taman, pantai berdekatan ataupun sekadar berjalan-jalan mengelilingi kawasan berhampiran demi untuk mengeratkan kesejahteraan keluarga.
Hai! abang-abang, bawalah isterimu keluar ambil angin!, jangan biarkan terkurung dan murung, kasihanilah dia, penat dia lahirkan anak-anakmu, berterima kasihlah kepadanya wahai abang-abangku! jaga emosi isterimu, jangan kau kurung jasad dan minda seorang yang kau panggil sayang...
Untuk bahagia tidak perlu jadi kaya, cukuplah dengan apa yang ada..buatlah keluargamu gembira, jadilah ayah yang dibangga...anak-anakmu akan bahagia bang, walaupun tiada harta...

Selasa, 29 Mac 2011
HORMATILAH IBUBAPAMU
Salam kasih sayang buat anda semua...
Jika kamu tidak mampu membahagiakan ibubapamu janganlah pula membebani apalagi melukai hatinya. Kini zaman amat tidak adil sekali, perbelanjaan sehari-hari amat tinggi, lepasan ijazah belum tentu mengecapi pekerjaan idaman hati.
Ibu dan ayah bersusah payah membesarkan dan menabur keringat demi anak-anak tersayang, diberi segala-galanya untuk kecukupan pakai, makan minum dan pelajaran anak-anak. Harapannya satu, iaitu kejayaan untuk anak-anaknya.."anakku bila berjaya jangan lupa jasa ibu ayahmu"..
Wahai anak, bersabarlah kamu dengan ujian hidup ini, luruskanlah niatmu, sucikanlah hatimu. aku tahu kamu seorang anak yang baik, aku tahu jasa ibu ayahmu ingin kau balas secukupnya tetapi bersabarlah jika kamu belum mampu membalas jasa mereka, bersabarlah...
Wahai anak, jika kau belum mampu membalas jasa-jasa mereka, bersabarlah..tetapi ingat! jangan pula kau melukai mereka, cukuplah taatmu kepada mereka..kerna itulah harapan ayah ibumu.

KENANGAN DI PUSARA TOK KENALI
Suatu hari ditakdirkan Allah akan impianku yang ku hajatkan sejak sekian lama...hari itu hujan turun lebat membasahi bumi seolah-olah menyambut kedatangan ku ke pusara tok kenali, anak kelantan yang namanya harum mashyur keseluruh pelusok nusantara suatu waktu dahulu..aku bersama keluargaku bertandang menziarahi pusara suci ini untuk mengunjungi tempat bersemadinya jasad seorang insan mulia yang digelar SANG WALI.
Memang sudah impianku jika menjejaki bumi Kelantan akan ku jejakkan kaki bertandang bertamu dipusara sang wali ini. Alhamdulillah Allah mengizinkan aku sampai jua disini..perjalanan ku disini dipermudahkanNya..
Setibanya disisi pusara ini, terasa hiba bercampur gembira, walaupun tidak pernah bersua kerna kita di zaman yang berbeza tetapi hatiku tetap berbunga-bunga. Ku panjatkan doa kesejahteraan untuknya serta tahlil dan zikir beratib bersama, juga doa untuk ku dan untukmu sekalian saudaraku. Terasa nyaman disisi pusaramu tok kenali, bauan wangi menyerbak semasa ku disisi pusaramu,bukan aku sahaja malah isteriku juga dapat merasai bauan wangi semerbak menusuk kehidung kami, mungkin inilah rezeki kami dapat merasai keanehan keramat tok kenali.
Bukan ku mengagong-agongkan kuburan sang wali tetapi sekadar menghormati jasanya ketika berbakti dan memohon keberkatan dari Ilahi. Bukankah Nabi menganjurkan ke kuburan untuk sentiasa mengingati mati dan juga untuk mencelikkan hati..Kini sampai masanya kaki melangkah pergi, ku amati nisanmu, ku berharap akan kembali lagi..hujan masih turun tanpa henti, seolah-olah curahan tangis seorang pengembara rohani...
Langkah terus sesekali memaling sambil hati bersyukur hajat ditunai Ilahi...selamat tinggal tok kenali, aku sampai jua di bumi tempat jasamu berbakti, kini aku akan pergi, pergi membawa semangatmu yang suci..
Saudaraku, santunilah sang wali, hargailah jasa dan pengorbanannya, sesungguh Allah memuliakan waliNya dan memurkai sesiapa yang menentang akan kekasihNya...salam kasih sayang buat anda semua.
SYUKURLAH...
Salam kasih sayang buat anda semua...
Syukurlah kerna nafas masih dinikmati, mata masih menatapi, telinga masih mendengar suara orang yang tersayang..syukurlah pada tuhanMu..ucapkanlah alhamdulillah selalu...
Hari ini ada anak kecil yang menangis kelaparan, ada isteri yang sendirian meratap ditinggalkan, ada suami yang masih belum pulang demi sesuap nasi..hari ini si miskin di maki lantaran kemiskinannya, hari ini ada si buta yang dirompak hasilnya, hari ini juga ada si kaya yang dermawan lagi budiman.
Bersyukurlah wahai si anak kecil kerna tangismu didengar tuhan, bersyukurlah si isteri kerna terlepas dari seksaan, bersyukurlah sang suami kerna rezekimu diredhai tuhan, bersyukurlah si miskin kerna kesabaranmu di puji tuhan, bersyukurlah si buta kerna bukan dirimu yang melakukan, bersyukurlah si kaya dengan sifat yang Allah kurniakan...
oh! sungguh bahagia bagi hati yang di celikkan tuhan, hanya bersyukur tatkala ujian, alangkah indahnya adab orang beriman sentiasa bersama pujian terhadap tuhan.
Indahnya hatimu hai insan, kerja mu memuji tuhan, yakinmu tak keraguan, cukuplah Allah sebagai tujuan.
Janganlah ditanya akan kerjaNya tuhan, tanyalah akan adab dan baktimu hai taulan..Syukurlah..syukurlah...

TEBARKANLAH KEBAIKANMU
Salam kasih sayang buat anda semua...tebarkanlah kebaikanmu,semoga anda sentiasa gembira selalu.
bagaimana keadaan anda? tenang atau keluh kesah? syukur jika anda di beri ketenangan dan sentiasalah bertaubat jika jiwamu keluh dan kesah..
Ketenangan itu adalah pakaian para-para malaikat,rasul,nabi,wali dan insan yang soleh...ketenangan puncanya di hati..Hati adalah tempat tilikan Allah terhadap hambanya...
Kenapa hatimu tidak tenang? adakah Nur ketenangan tak kunjung singgah dihatimu? bagaimana ingin jadikan ketenangan itu tetamu hatimu?
Saudaraku yang ku muliakan..sucikanlah hatimu dari dosa dan noda,tutuplah pancainderamu dari punca dosa, kosongkanlah perutmu dari yang haram, ajarlah nafsumu memuji tuhan..yang wajib jangan kau tinggalkan, yang sunat buatlah jika berkemampuan, hulurkanlah tanganmu kerna membantu, senyumlah dan senyumkanlah bibirmu..hormatilah pada ibubapamu,santunilah para saudaramu dan berbaik sangkalah kamu pada tuhanMu...insyaAllah hatimu tenang, insyaAllah ketenangan adalah tetamu hatimu.
Saudaraku yang ku muliakan..dosa itu penghapus ketenangan, dosa itu petanda murkanya tuhanMu, dosa itu menghancurkan jasadmu, dosa itu membuatkan roh mu menangis teresak-esak dan dosa itu penyempit rezekimu...
Saudaraku yang ku muliakan..Hentikanlah aktiviti-aktiviti dosamu, marilah kembali ke pintu tuhanMu..mari kita sesalkan akan dosa-dosa itu..mari kita tinggalkan ia jauh sejauh-jauhnya...
Berapa banyak dosamu? berapa berat dosamu? adakah dosamu melangit tinggi seperti gunung ataupun mendasar jauh ke dasar lautan? hiraukanlah itu semua kerna TuhanMu adalah pemilik segala keampunan, ampunanNya mengatasi kemarahanNya kerna dia pemilik nama dan sifat yang Maha Pengampun...
Mari..bukalah hatimu, berdirilah dipintuNya, ratapkanlah alunan taubatmu kerna kamu tidak mempunyai masa lagi..mungkin ajalmu sebentar lagi atau hidayah takkan kunjungi dirimu selepas ini..marilah saudaraku..
....Marilah insafilah dirimu..Tebarkanlah kebaikanmu...

SALAM KASIH SAYANG BUAT ANDA SEMUA...
Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah yang mempunyai nama-nama yang terindah dan selawat serta salam kepada junjungan besar nabi Muhammad saw yang dengannya sejahtera segala isi alam.
Langgan:
Catatan (Atom)